3 - Membuat Tempahan


3.1 - Untuk membuat tempahan, anda perlu memilih kawasan dimana ruang yang ingin ditempah berada.

3.2 - Kemudian pilih ruang yang ingin ditempah. Pastikan anda mengetahui lokasi sebenar ruang tersebut.

3.3 - Terdapat dua cara untuk anda memilih petak masa tempahan. Cara pertama dengan mengunakan bahagian kalender yang disediakan. Anda boleh memilih dengan tekan pada petak tarikh ataupun taip pada ruang tarikh tersebut.

3.4 - Cara kedua dengan mengunakan bahagian kalender seperti diatas. Anda boleh memilih dengan tekan pada tarikh tersebut. Jika bulan yang anda pilih tidak tertera pada kalender, tekan pada minggu sebelum atau minggu selepas sehingga anda jumpa tarikh yang dikehendaki.

3.5 - Tekan pada ‘petak masa’ yang dipilih untuk mengisi borang tempahan.

3.6 - Lengkapkan semua maklumat berkaitan dengan tempahan. Jika tiada ulangan, sila tekan ‘simpan’ untuk meneruskan tempahan anda jika tiada ulangan.

Jika anda ingin membuat tempahan berulang, tetapan ulang berada di bawah garisan pada ruang 'tambah entri'. Pastikan anda membuat pilihan ‘jenis ulangan’ yang betul. Bagi jenis ‘ulangan mingguan’, pilih ‘hari ulangan’ dan ‘jarak minggu ulang’ kemudian tetapkan ‘tarik akhir ulangan’ sebagai penamat ulangan.
  1. Bagi jenis ‘ulangan bulanan’, terdapat dua pilihan bagi ulangan bulanan. Pilihan yang pertama ialah tetapan mengikut ‘tarih ulangan’ supaya ianya pada tarikh yang sama setiap bulan. Pilihan kedua ialah tetapan ‘hari pada minggu’ supaya akan berulang pada hari pada minggu yang berkenaan pada setiap bulan. Kemudian tetapkan ‘tarik akhir ulangan’ sebagai penamat ulangan.
  2. Jika semua maklumat tempahan telah dilengkapkan, sila tekan 'simpan' untuk meneruskan tempahan anda. Tempahan anda akan berada pada ‘petak masa’ pada kalendar yang anda tempah. 

3.7 - Warna hijau pudar pada petak masa dan terdapat simbol ‘?’ menandakan tempahan anda masih belum diluluskan oleh moderator. Tempahan juga akan diluluskan secara automatik jika moderator yang membuat tempahan.