2.1 - Pastikan anda menukar kata laluan anda dan kemaskini data peribadi agar mudah untuk dihubungi oleh moderator. Untuk kemaskini data peribadi, anda perlu tekan pada ‘senarai pengguna’ untuk ke bahagian pengguna.
Taip 'nombor pekerja' anda pada ruang carian. Tekan pada pautan nombor pekerja anda untuk ke bahagian kemaskini.
Kemaskini data peribadi dan kata laluan anda kemudian tekan ‘simpan’. ’Level Pengguna’ dan ‘No Pekerja’ hanya boleh dikemaskini oleh pentadbir sistem sahaja. Pentadbir sahaja yang boleh mendaftarkan akaun baru dan mengemaskini data peribadi akaun lain.